Tuesday, January 10, 2006

GenericOnlineStore.com back in business!!

After long time the site did not operate because of the hosting problem and my time constraint, at last, www.GenericOnlineStore.com is back in business!! I've changed the template .. prettier than old one .. hehehe .. now the motto is herbs pills .. the healthy way of life :p .. Hope this site will perform well but I need some time to optimize the keywords and do some marketing to get good traffic for this site .. well .. it feels good to be back in this business b-)

Feel free folks to visit this site but parents advisory is a must

www.GenericOnlineStore.com

Sunday, January 08, 2006

Postcolonialism

Bercakap tentang bahasa, ruangan rencana Mingguan Malaysia hari ini ada menyentuh tentang bahasa, tetapi secara meluasnya dibicarakan tentang mentaliti kita pada masa ini dimana tajuknya ialah "Mentaliti hamba belum hilang selepas merdeka". Suka untuk mengulas lanjut tentang isi kandungan serta maksud-maksud yang terkandung dalam pojok ini kerana memang kena dengan keadaan kebanyakan kalau tidak semua orang Melayu kalau tidak semua bangsa lain selain dari bangsa penjajah. "Postcolonialism" sudah menguasai kita.

Ruangan pojok ini menyoalkan kenapa kita cepat merendahkan prestasi serta kemampuan orang sendiri. Bila orang kita hendak berniaga, secara sinis ada yang menyindir bahawa bangsa kite memang tidak pandai berniaga. Bila berlakunya kemelut MAS yang kerugiannya beratus- juta ringgit, terdapat pandangan yang menyatakan wajar MAS diuruskan oleh warga asing. Apakah erti semua ini kalau tidak kerana jumudnya pemikiran sesetengah dari golongan ini yang berasa semua orang putih itu pandai-pandai belaka, semuanya pandai berniaga belaka. Tidak adakah perniagaan bangsa ini yg bankrap? Tidak adakah perniagaan bangsa ini yang kerugian beratus-ratus juta ringgit? British Airways, milik negara yg pernah menjajah kita serta bangsa yg kita sering agung-agungkan, pada zaman kemerosotannya dulu, kerugian beratus-ratus juta pound sterling!!

Keadaan memandang bangsa kulit putih ini sebagai bangsa yang pintar, bijak dan hanya layak
menjadi tuan kita sehaja bukan sehaja dikongsi oleh bangsa kita. Seorang penulis yg berasal
dari Trinidad, Sam Selvon menceritakan betapa semasa dia kanak-kanak dia mengenali seorang
nelayan peribumi bernama Sammy yang separuh lumpuh dan sering diejek kanak-kanak. Pada suatu hari nelayan ini membawa pembantu kulit putih, pelarian penjara mengiringinya. Selvon
masih ingat lagi akan kemarahannya kerana Sammy mengambil orang kulit putih untuk menjadi pembantunya. Padanya, perbuatan Sammy itu tidak wajar kerana yang wajar menjadi tuan ialah orang kulit putih itu, bukan Sammy! Ini berlaku kerana semasa kecil lagi dia diajar
memandang rendah kepada sesiapa sahaja yang bukan berkulit putih. Segala-galanya menjadi
ajaran di waktu pemerintahan empayar British dan Perancis di zaman lampau. Kaum penjajah
dianggap bertamadun, rasional dan pandai manakala orang kulit warna dicap sebaliknya. Di
Asia, umpamanya, bangsa Asia dipandang sinis dan negatif oleh pihak Barat pada masa lampau
demi memperkukuhkan kelebihan dan kedudukan diri mereka. Pandangan para orientalis disebarkan dan persepsi mereka menjadi realiti kepada dunia Barat, dan juga menjadi satu kenyataan bagi dunia Asia.

"Beginning Postcolonialism" mencatatkan beberapa pandangan rendah tersebut, antaranya:
Orang Arab ganas, orang India dan Melayu pemalas, orang Cina sukar ditafsir pendirian meraka. Orang Asia juga pengecut, lekas berubah sikap, ganas dan kuat nafsu.

Walaupun ramai yang menyedari akan wujudnya postcolonialism ini, namun ramai yg di antara kita yg begitu cepat menolak kemampuan negara dan warga senegara. Seperti sikap Selvon di zaman kanak-kanak: Orang putih pandai dan si kulit warna hamba belaka kedudukan meraka.

Mentaliti hamba belum hilang walaupun bendera merdeka telah berkibar sekian lama. Ada yang minda mereka tidak berubah, dan bahasa ibunda pun dipandang rendah.