Friday, January 11, 2008

Dimana Sharlinie?

Kehilangan Sharlinie mengembalikan nostalgia misteri kehilangan Nurin Jazlan dan pertemuan mayat beliau yang meruntun hati setiap insan yang masih memiliki secumit belas kasihan di dalam hati mereka. Kes yang memiliki cara operasi yang sama seperti Nurin Jazlan ini terus menggemparkan negara dan kita boleh melihat setiap akhbar arus perdana mahupun tabloid menceritakan tentang kehilangan beliau di muka hadapan.

Kehilangan Sharlinie yang dikatakan dibawa lari dengan sebuah van oleh seorang wanita adalah susulan kepada kes seorang lagi kanak-kanak comel yang dibawa lari oleh lelaki misteri, juga berlaku di Taman Medan yang kemudiannya ditemui di Wangsa Maju. Lelaki misteri itu yang lebih dikenali sebagai Abang Kucing kerana sering menggunakan "pick-up" lines yang sama yakni "Adik nak tengok kucing?" disyaki orang yang sama yang dikenali sebagai "Pencabul Kampung Baru".

Kehilangan Sharlinie harus dicari, Sharlinie harus dipertemukan semula dengan kedua ibubapa beliau dan juga adik-beradik beliau yang lain dan masyarakat harus tidak lagi dikejutkan dgn cerita pertemuan sebuah beg yang berisi kanak-kanak malang yang comel dan tidak berdosa itu. Semua ini harus dilakukan dengan kebijaksanaan dan kecekapan pihak berkuasa dan kerjasama yang diberikan oleh masyarakat. Tapi timbul persoalan, adakah setiap yang hilang akan terus dicari? Mengapa punca kehilangan tidak diatasi agar perkara yang bisa meruntun hati kemanusian kita ini tidak akan berlaku lagi buat sekian kalinya.

Kehilangan Sharlinie ini harus dijadikan iktibar kepada sekali ibubapa supaya tidak akan terjadi lagi perkara ini. Pepatah Melayu ada menyatakan, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hati kita sudah rasa terhiris dengan kejadian yang menimpan Nurin dan Sharlinie ini, dapatkah kita membayangkan bagaimana hancurnya hati kita ini jika kejadian ini menimpa anak kita?

Semoga dapatlah kita mengambil pengajaran di dalam hal ini, setiap pergerakan anak hendaklah dikawal rapi, mahupun hanya ingin ke taman permainan di depan rumah. Dan kepada yang sering menyuruh anak yang masih kecik membeli itu dan ini di kedai runcit, saya merayu, pertimbangkanlah semula arahan anda, biarpun anda menyatakan bahawa ini adalah untuk meringankan beban anda, tetapi jika perkara sedemikian berlaku, percayalah, beban anda pasti tidak terpikul lagi beratnya. Bak kata pepatah Melayu yang seharusnya selalu disematkan di dalam hati kite, "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya".

Monday, January 07, 2008

Chua Soi Lek Sex Video Clip

Kes yang menggemparkan Malaysia tatkala Pilihanraya Umum dikatakan akan diadakan dalam masa yang terdekat ini, Malaysian Health Minister Datuk Seri Chua Soi Lek sex scandals.

Mengejutkan? Tidak !! Bila mana keluar di dada akhbar tentang pendedahan sex video clip Chua Soi Lek ini di Muar dan Batu Pahat .. ramai sudah meneka yang kes ini membabitkan Chua Soi Lek .. Seorang taiko MCA di Johor .. dan ramai mengidamkan jawatan beliau .. dan ramai yang membenci beliau ..

Perletakan jawatan CSL ni pun bukan atas kehendak diri dia .. tapi desakan orang ramai yang tidak hendak berketuakan atau berwakilkan seseorang yang mempunyai moral seperti beliau.. atau mungkin rakyat merasa jijik bila melihat adegan sex clip video CSL ni .. huhu .. sambil main ble lagi tgk laptop .. sure tgh layan buku kamasutra .. tahan lame skit .. :D ...

Dan yang paling tak tahan .. CSL ni nak buat lak road show nk memperjelaskan lagi tentang perkara ini .. nk jelaskan ape ? sb ape die tgk laptop ketika tgh main ke ? atau ubat ape yg die makan supaya tahan lame ? hehe .. dah la CSL .. resign resign la .. baik gi pujuk bini dan anak2 datuk seri ...