Saturday, August 16, 2008

Sumpah Si Saiful

Dijangka atau tidak, setidak-tidaknya sumpah si Saiful Bukhari telah menggemparkan masyarakat Malaysia terutama Melayu. Kepada penyokong Anwar Ibrahim, sumpah ini hanyalah satu mainan politik walhal umum mengetahui sumpah yang dilakukan oleh Saiful ini adalah sumpah laknat, yang tidak boleh dibuat main-main, yang mana jika sumpah ini merupakan satu penipuan, maka Saiful akan dilaknat oleh Allah di dunia dan di akhirat. Malapetaka akan menimpa bukan sahaja beliau, malahan seluruh keluarga beliau akan tercalit kemurkaan daripada Allah.

Tetapi sayang, penyokong setia "dewa" Anwar bagaikan tidak mengendah sumpahan ini, malahan diejek, dicaci dan dikutuk Saiful, menyatakan bahawa pemuda yang berusia 23 tahun ini berbuat sedemikian kerana politik, kerana wang, dan kerana desakan pemimpin-pemimpin UMNO yang amat memerlukan kemenangan ke atas Permatang Pauh. Sanggupkah Saiful melakukan perkara ini hanya kerana sebab-sebab yang tersenarai di atas? Sanggupkah kita bermain dengan sumpah yang akan membuatkan diri kita tercela sepanjang hayat?

Anwar, disebalik cabaran untuk beliau turut bersumpah muhabalah hanya pandai memusing-musingkan ayat-ayat, malahan isteri beliau Wan Azizah menyatakan bahawa sumpah muhabalah ini tidak dikira kerana Saiful memegang Al-Quran. Baiklah, kita tinggalkan hal beliau untuk memegang Al-Quran, kerana di dalam Islam tiada sumpah yang dilakukan dengan memegang Al-Quran. Tetapi tidakkah Saiful memegang Al-Quran itu hanya perlakuan sampingan? Bagaimana dengan lafaz beliau yang menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi? Tidakkah itu berlandaskan sumpahan Islam yang disahkan sendiri oleh Tuan Guru Pas Nik Aziz?

Pada pandangan peribadi saya, jikalau benar Anwar Ibrahim tidak melakukan perkara liwat itu, dan beliau yakin dan pasti tidak pernah memasukkan zakarnya ke dalam dubur Saiful Bukhari Azlan, mengapa beliau tidak melakukan sumpah muhabalah ini? Tidakkah itu akan kembali memulihkan pandangan orang ramai yang saya yakin sedikit sebanyak rakyat akan percaya kepada perlakuan songsang ini? Dan jika Anwar Ibrahim bersumpah bahawa beliau tidak pernah melakukannya, saya yakin dan pasti, sokongan rakyat terhadap beliau akan bertambah-tambah, dan tidak mustahil impian beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia di hujung tahun ini menjadi nyata dan pasti.

Persoalan sekarang, beranikah Anwar Ibrahim? Seperti kata pepatah yang kita selalu dengar dan dididik, "Berani kerana benar"..