Terlalu banyak isu .. dari kes pertikaian Tun Dr M dgn Pak Lah, penguasaan barua Singapura dalam akhbar NSTP hinggalah kepada seorang anak Melayu yang menyatakan dia nampak bodoh kalo bercakap Melayu .. Terasa sakit di hati ingin mengulas kenyataan seorang pelakon popular, biarpun rakan dan taulan ada yg mempertahankan pelakon yg masih muda ini.. Pertahankan pun boleh, tapi kalo kita ikut persekitaran, maka kita tak patut mempertahankan dia, sekadar pandangan saya .. Yalah kan .. kalo duk kt England ke US ke berbelas2 tahun sampai bahasa Melayu tonggang terbalik tu .. boleh diterima .. ni duk dgn Malaysia, berlakon dalam filem yg berbahasa Melayu (tp rasa byk English dlm filem beliau, i don't know, i'm not involved (cam ayat Pak Lah la lak)), dan saya yakin rakan dan taulan beliau ramai Melayu, dan juga, beliau ada menonton program di tv tempatan .. Mane la tau kot2 24/7 asyik HBO ke, StarWorld ke .. takkan la .. tak reti bercakap bahasa Melayu .. maksud saya .. takkan la nampak bodoh kalo cakap bahasa Melayu kalo persekitaran kite ni byk juga komunikasi dlm bahasa Melayu, even seorang bangsat yg bodoh kalo duk berbelas2 tahun kt US .. boleh ajer berkomunikasi dlm bahasa Inggeris .. siap dgn slang2 .. walhal kt umah die .. berbicara dalam bahasa ibunda die .. Kalo die nk ckp ketunggang-langganan dia dan malu takut itu memperbodohkan beliau, pak menteri kite Samy Velu selamber je ckp bahasa Melayu .. tatabahasa ntah ke mana .. nahu ntah ke mane .. tp die tak peduli .. he shows the effort to speak the language .. our language!!
Berbalik kepada isu lain .. yakni kepada isu yg lagi besar melibatkan negara .. iaitu perbalahan antara Tun Dr M dgn Pak Lah .. setelah sekian banyak kite dihidangkan dgn sokongan2 pak Menteri, MT UMNO, ketua2 bahagian, ketua2 Pemuda dsb .. tertarik saya dgn keberanian seorang ketua bahagian UMNO yg berani melawan arus .. demi memperjuangkan nasib bangsa, bukan sekadar hanya angguk2 geleng2 demi menjaga periuk nasi sendiri .. biarlah bangsa sdiri terumbang ambing .. asal mereka dapat hisap curut Havana .. Kepada Ketua Bahagian UMNO Seremban, Datuk Ishak bin Ismail .. saya amat berbesar hati dgn ade nya Datuk yang berkedudukan yang berani secara tegas memohon kebenaran yg selama ini kita cari .. bukan selama ini mungkin .. sejak 3 tahun lepas lebih tepat .. Berikut adalah petikan daripada Malaysiakini ..:
"Umno Bahagian Seremban memberi amaran akan mengundang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi ceramah jika pemimpin tertinggi Umno masih terus menghentam dan menyekat beliau daripada bertemu rakyat.
Ketua Umno bahagian tersebut, Datuk Ishak Ismail berkata, pada masa ini banyak pihak yang cuba memalukan Dr Mahathri dan tidak memberi layanan adil kepada beliau.
Katanya, mengapa mereka bising apabila bekas Presiden Umno bercakap, “sedangkan apa yang diperkatakan itu ada kebenarannya”.
Sehingga hari ini, katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri belum menjawab sebarang soalan yang dikemukakan oleh Dr Mahathir.
“Saya telah menyuarakan perkara ini ketika berucap dalam mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Seremban Ahad lalu dan para perwakilan setuju dengan perkara itu (Tun Dr Mahahthir berucap di Seremban).
“Kami bukan menentang kepimpinan yang ada sekarang tetapi sebagai bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir perlu dilayan dengan adil dan bukannya mengecam dan menutup mulut beliau seperti sekarang,” katanya.
Mesyuarat perwakilan bahagian berkenaan telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Rais Yatim yang juga Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh 312 perwakilan, dari 68 cawangan, termasuk dari Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno.
Putus lepas Ramadhan
Bagaimanapun, Ishak menegaskan bahawa kata putus mengenai perkara tersebut akan dibuat selepas bulan Ramadhan kerana pihaknya masih mahu melihat perkembangan semasa terlebih dahulu.
Beliau berkata, perwakilan Umno Bahagian Seremban setuju bahawa apa yang diperkatakan oleh Dr Mahathir mengenai Jambatan Bengkok, Proton, permit import yang dibenarkan (AP) dan penjualan MV Augusta adalah benar belaka.
“Jawaban yang diberikan oleh menteri-menteri kabinet pula lebih merupakan kepada untuk membodek Datuk Seri Abdullah dan bukannya untuk menjawab pertanyaan bekas Perdana Menteri,” katanya lagi.
Ditanya mengenai perbezaan gaya kepimpinan antara Abdullah dan Dr Mahathir, Ishak berkata: “Dr Mahathir seorang pemimpin yang tegas dan berprinsip manakala Abdullah baik untuk dibuat kawan.”
Ishak berkata, di zaman Dr Mahathir dahulu, ahli Umno termasuk mereka yang pernah menentang parti, bebas bersuara dan mengkritik pemimpin negara.
“Apa yang berlaku sekarang ini adalah sebaliknya di mana bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno dilarang bertemu ahli Umno,” katanya."
Marilah kita mendoakan semoga ini semua berakhir .. kembalikanlah Malaysia yg dahulu wahai Pak Lah .. sudah sampai masanya anda berundur .. sudah pahit hidup ini .. sudah sedih diri ini mengenangkan segala-galanya berlaku di zaman anda .. menangis hati ini bile IFC menginjak-nginjakkan agama yg tercinta .. dan anda senyap buat masa yg agak lama .. biarpun menteri MELAYU dan ISLAM (?) anda menyalak-nyalak menyokong IFC .. owh saye lupa .. anak anda Nori adalah org kuat Sister in Islam dan juga menyokong IFC .. Pak Lah .. turunlah dgn terhormat sebelum anda diturunkan dgn cara yg hina .. berundurlah .. tolonglah pergi dr hidup kami ..
Saturday, August 19, 2006
Malaysia kini ..
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|