Mengejutkan !! Itulah pertama yang terasa bila membaca komen seorang forumer.
Pada tahun 2008, Skim Pinjaman Buku Teks Percuma akan dibatalkan. Begitulah kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Noh Omar. Sebabnya? Kerana pembekal menyatakan skim ini merugikan mereka. Mengulas lanjut kerugian pembekal adalah tidak kena kerana mungkin kita kurang memahami masalah yang mereka hadapi. Tetapi fikiran yang logik akan menyatakan, tidakkah kerajaan memberi subsidi untuk skim ini? Subsidi ini semestinya ditafsirkan kepada bayaran yang dilakukan untuk buku-buku teks dalam skim ini. Kiranya, pembekal semestinya mendapat bayaran untuk membekalkan buku ini. Tidak kisahlah percuma atau tidak, mereka, pembekal tetap mendapat bayaran. Jadi, hendak atau tidak, ramai akan berkata, alasan ini adalah amat tidak logik. Dan ramai akan memikirkan, kerajaan yang tidak lagi hendak meneruskan skim ini. Kenapa? Mungkin kerana skim ini merugikan mereka?
Dan menarik perhatian saya, komen daripada Perdana Menteri kesayangan ramai, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang menyatakan bahawa yang mampu hendaklah berkorban. Saya tidak pasti, adalah Skim Pinjaman Buku Teks Percuma Untuk Semua ini termasuk untuk pelajar-pelajar kurang mampu. Jikalau begitu, mampukah mereka yang kurang mampu itu? Pak Lah, tolong jangan malukan kerajaan Malaysia. Please think before you speak. Every words from your mouth may end up be laughing stocks to not only Malaysian, but to everyone in the world. Not to mention, he has mistakenly mentioned Venezuela as New Zealand during recent event at Venezuela. Dude, dua benua berbeza. Tu la, tido lagi masa Presiden Venezuela berucap, mungkin dalam mimpi bertemu gadis New Zealand atau kawasan sewaktu dengannya seperti Australia? Who knows ..
Terfikir juga, derma sebanyak RM20 juta sanggup dihulurkan kepada sekolah beliau, yang secara dasarnya untuk membangunkan sebuah sekolah. Mengapa tidak menggunakan duit itu untuk membayar pembekal demi kepentingan pelajar-pelajar kita demi memajukan diri mereka yang seterusnya untuk negara juga di masa hadapan? RM200 juta juga sanggup dibelanjakan untuk membeli jet eksekutif untuk kegunaan beliau, sedangkan empat (4) lagi jet eksekutif masih lagi dalam keadaan terbaik untuk digunakan masih ada. Apakah signifikan perlunya pesawat baru sedangkan yang lama masih elok lagi? Membazir? Islam Hadhari tidak membazir. Bermewah? Islam Hadhari hendaklah sentiasa hidup dalam kesederhanaan.
Last but not least .. undurLAH
Sunday, February 04, 2007
Skim Pinjaman Buku Teks Percuma Bukan Lagi Satu Skim
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|